Wednesday, July 28, 2010

HIJRAH

PENGERTIAN
Hijrah ialah perpindahan Rasullullah dan orang Islam dari Mekah ke Madinah.

TARIKH
12 Rabiul Awal Tahun ke 14 kerasulan bersamaan Tahun 622 Masihi.

KESUKARAN YANG DIHADAPI OLEH RASULLULLAH SEMASA HIJRAH
  1. Meredah pasang pasir yang panas
  2. Dihalang oleh Kaum Musyrikin
  3. Meninggalkan kampung halaman dan harta benda
  4. Perlu menyediakan bekalan makanan yang cukup
  5. Menggunakan jalan yang jarang dilalui orang dan berbahaya.
KESAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH
  1. Umat Islam terselamat daripada penindasan Kaum Musyrikin
  2. Kedudukan Islam semakin kuat
  3. Terbentuk negara Islam yang pertama
  4. Nama "Yathrib" ditukar kepada "Madinah"
  5. Bermula perkiraan tahun Hijrah
CONTOH HIJRAH
  1. Malas kepada rajin
  2. Tidak berperaturan kepada berdisiplin
  3. Meninggalkan maksiat
  4. Melakukan kebaikan