ePAFA

                          
INOVASI UNTUK PERSIDANGAN INOVASI
PENDIDIKAN ISLAM 
PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
e-PAFA Satu Teknik Mudah Dan Pantas Menguasai
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain
Oleh
Hj. Mohd Nazri bin Hj. Kamarudin
http://pafa.vndv.com

Tajuk/Tema             :           e-PAFA

SINOPSIS
Perisian ini merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan strategi pengajaan dan pembelajaran di dalam matapelajaran Pendidikan Islam.  Sebelum ini, PAFA telah dilaksanakan dengan menggunakan Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain yang telah diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia.

Melalui e-PAFA ini, buku tersebut telah di adaptasikan kepada versi digital dan telah dibuat penambahbaikan dari segi gambar, audio dan video. Aktiviti pengayaan dan pengukuhan telah dimuatkan di dalam perisian ini bagi menguji pemahaman dan penguasaan murid.

PENGENALAN
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kurikulum Pendidikan Islam sebenarnya banyak bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat sebagai alat untuk memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan efisien. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya budaya ini dapat dipupuk ianya akan memberikan satu impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga dapat memberikan satu pengalaman yang baru sekali gus dapat memberikan satu anjakan paradigma di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui e-PAFA ini, murid dapat mengakses sendiri perkara-perkara yang berkaitan dengan Perkara Asas Fardu Ain. Di samping murid mempelajari Matapelajaran Pendidikan Islam, mereka juga dapat diberi pendedahan kepada dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pendekatan yang terbaik apabila mengintegrasikan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran ialah ianya sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT).

e-PAFA merupakan salah satu perisian pendidikan yang dibangunkan sesuai dengan kemampuan dan keperluan murid. Secara umum, e-PAFA ini merupakan perisian pendidikan yang terdiri daripada komponen berikut:
a.        Mempersembahkan maklumat,
b.        Membimbing,
c.         Menyediakan/memberi latihan, dan
d.        Menilai pencapaian


KUMPULAN SASARAN
a. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
b. Murid-murid yang lemah dalam kefahaman PAFA.
c. Murid-murid yang lemah dalam perkara asas fardhu ain.
d. Guru Pendidikan Islam untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran.


PENCAPAIAN
a. Mewakili Daerah Kota Kinabalu dalam Pembentangan Inovasi Peringkat Negeri Sabah.
 b. Mewakili Negeri Sabah ke Persidangan Inovasi untuk Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009.


Persidangan Inovasi Pendidikan Islam 
Peringkat Kebangsaan 2009
Penyerahan perisian ePAFA kepada 
Y.Bhg. Dato' Hjh. Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia.



Wawancara bersama EDUWEB TV

Bahan pameran

Panel Pengulas

Sessi Pembentangan

Pembentangan Inovasi Pendidikan Islam Zon Sabah, Sarawak dan Labuan 2009